The Thinker Belle (Tester)

As Thoughts Grow In Time

kelawar malam

aduh, pening betul kepala aku, berpinar-pinar rasanya. ni la akibat langgar hukum alam.
orang tidur malam berjaga siang, aku tak, malam-malam berjaga sebab study

haihh..aku memang la tak berapa boleh nak masuk otak sangat kalau study siang-siang. ntah kenapa, macam tak bolah fokus. suka sangat suasana malam yang senyap tu. bak kata orang putih, aku ni ' a night person' kot. agaknya lah kan..

start dari semalam, aku tak tido sampai lah petang tadi dalam pukul 4 petang gitu.. lepas kol 4 tu mata aku da tak boleh bertahan.so, beradu la kejap. maghrib bangun sembahyang and then ingat nak sambung stadi balik lah, tapi last-last buku ntah melayang ke mana, dengan laptop tak shut down..sekali lagi lena di alam mimpi.. haha, siap mimpi lagi tapi aku tak ingat pulak mimpi pasal apa..huhu

tetiba, dalam pukul 11.55 malam tadi, aku terjaga sebab yana kol.
terpisat-pisat aku bangun, and bila tengok jam da nak pukul 12 malam tu, terus tersegar.. gelabah sebab banyak tak baca lagi. dah lah jadual exam aku tu macam heaven.

khamis- tamadun islam dan tamadun asia
(gap satu hari)
sabtu- economy
ahad- accounting
isnin- c++ programming
(gap lima hari)
sabtu- statistic & probability
(gap satu hari)
isnin- fundamental of computing

haaa..tengoklah, betapa dasyat nyer jadual exam ni.macam nak bunuh aku je, course lain semua ada je gap 2 hari untuk setiap subjek. -____-"

nampaknya malam ni aku akan join spesies kelawar lagi lah..haha
boleh lah sign up fan club batman lepas ni..
kalau nak patriotik sket, join kelab peminat keluang man.

haha, bercakap pasal keluang man ni..
aku suka betol lagu tema kartun yang satu ni

"dia..bagai seorang pahlawan..menjadi pembela pada yang tiada upaya..dalam ketangkasan lagak pergerakannya, menewaskan musuh, yang membuat angkara, dia lah satria, biara pun di mana jua...."


hah, kan aku cakap aku suka, siap hafal lagi tauuu! *kanak-kanak riang??
kalau korang tak percaya, jom dengar lagu dia! klik

okay lah~ nak pegi baca buku sambil layan lagu keluang man ni..hahaha!

annyeong (ini ucap selamat bahasa korea!)

0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top