The Thinker Belle (Tester)

As Thoughts Grow In Time

cerita sang pencerita

mula menaip.
tup tap tup tap.

berhenti.diam.berfikir.
kenapa tak ada idea?
soalan pertama yang keluar kat otak.

kenapa gatal sangat buat satu lagi blog? kan dah ada everlasting ♥ ?
tamak? atau cepat bosan?

bukan tamak, dan bukan bosan.
dalam dunia ni, ada satu benda yang memang aku suka buat.
iaitu menulis. tak kisahlah karangan bahasa melayu sekolah menengah ke, essay english yang berbelit-belit lidah nak dibaca ke, pantun ke, sajak ke dan segala bagai..
aku memang suke.

kenapa? tuan punya badan ni pun tak paham.
tapi menulis ni macam satu cara yang best bagi diri aku untuk lepas tensen.
memang best perasaannya bila kita tulis apa yang kita rasa. kadang-kadang, bila datang mood nak menulis diari dalam laci meja study tu, sampai berpage-page jadinya.tapi kalau tak ada idea.

macam ni la jadinya:

...................................................................
...........................................................................
................................................................................zzzzzzzzz (selamat tido..heh)

haha, dalam realiti aku ni memang cepat terasa tau (sensitip la katakan)
tapi !! aku susah nak marah, kalau marah pun aku simpan jer dalam hati.
memang aku tak tunjuk la yang aku marah, 

but then.. bila sampai je bilik.. amik pen, keluarkan diari..
dan disitulah epik teragung abad ini akan terhasil.
korang jangan ingat aku memaki-maki pulak. no way. tak de kelas lah.
bak kata mama i "anak dara mesti cakap elok-elok"
even dalam diari pun aku tak tulis nama sebenar. sampai kadang-kadang, bila aku bukak balik diari 3-4 tahun lepas, aku pun da tak ingat sapekah manusia tersebut yang berjaya buat aku marah..hehe, jadi secara tak langsung aku pun memaafkan lah sipolan-sipolan tersebut. kosong-kosong lah kan??

apa lagi yang aku patut cakap.
hurmm...

oh!
ada satu perkara lagi yang aku suka.
aku memang minat kpop, drama korea dan segala waktu dengannya
hhaha.so, dah sah lah aku memang jiwang.
(ini memang hereditary okay! bapak i pun jiwang karat apa..haha) 

dan kegilaan utama aku buat masa ni
*SUPER JUNIOR*

jadi, aku mintak maaf lah siap-siap andai kata kadang-kadang datang sawan korea aku tu
mungkin blog ni akan dipenuhi dengan bahasa-bahasa asing yang tak dipahami

walaupun begitu, aku memang pantang kalau orang anggap aku tak sayang negara sendiri sebab dah terlampau fanatik dengan korea-korea tuh.
yang tu memang satu statement yang bagi aku angin satu badan. yang ni memang aku tak boleh nak control-control sorok marah dah ni. memang aku bantai terus manusia yang cakap aku macam tuh.

untuk bagi lebih jelas.
ye.. memang aku gila korea, suka bahasa korea, teringin nak pegi korea
(kadang-kadang berangan nak kawen dengan orang korea..eececeece..hehehe)

tapi jangan lah korang sesekali kata aku tak sayang malaysia.
memang nak kena.!
and aku berani cakap aku lebih patriotik dari sesetengah remaja kat luar sana tu tau.
(bapak aku siap berangan nak suruh aku jadi menteri sampai sekarang ni tau!)

disebabkan aku telah menjadi anak MARA selama beberapa tahun
sedikit sebanyak kepatriotikan cikgu-cikgu aku tu da terjangkit pada aku okay!
(subjek feveret aku sejarah tau!)

jadi,
cukuplah sampai sini.
aku akan singgah selalu untuk merepek-repek bersama anda semua.
silalah komen-komen yer.saya suka.

sekian, kamsahamnida (ini terima kasih bahasa korea ^_<)













0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top